Bagaimana Gerakan Karisma UM seterusnya...

3

Posted by Tanpa Nama | Posted in | Posted on 7:37 PM

Sejarah Universiti Malaya sangat hebat dan gah bukan sahaja bunyinya malah hasilnya, hasil tekanan sejak kekangan AUKU sekitar tahun 70-an sehingga menular ke abad 2000 ini semakin ketat lagi sempit hatta benda yang positif juga di ikat hanya demi menjaga tembolok orang tebal duit di atas. Maka pelbagai istilah itu dan ini tidak boleh dilakukan atas dasar penguatkuasaan AUKU itu dan ini.

Fikirkan sejenak, siapa menulis undang-undang ini? Kemampuana apakah mereka pakai? Sempurnakah tindakan mereka? Terdapat pertentangan atau tidak terhadap norma kehidupan? Inilah mesej yang cuba penulis sampaikan.

Ulang tayang dan fikirkan biasakah kita dengar dari bicara mahasiswa kini bila menceritakan pasal pertubuhan persatuan dan aktiviti masyarakat khasnya di UM. Penulis sampaikan contoh ayat-ayat yang positif dan negatif ;

POSITIF

"kita mahasiswa perlu bersifat kritikal dalam isu-isu semasa, kita kena menjadi juara, kebajikan kita bermula dari kebajikan orang lain"


"persatuan perlu digerakkan demi pengalaman dan perasaan kekitaan dan kebolehan kita bersosial dengan masyarakat keliling dalam kampus mahupun luar kampus. Malah kita perlu lebih cemerlang dengan penyususnan masa yang teratur, kreativiti kepimpinan dijana, pengalaman gerak kerja lebih profesional seperti tugas setiausaha yang rencam, bendahari dengan kesabaran dan pengawalan, exco dengan idea dan susunan program yang cantik serta presiden yang bijak menyusun dan mengarah dengan sistematik dan lancar pegerakan persatuan."


"persatuan dapat teguhkan prinsip dan melihat hala tuju unjuran jangka panjang pegerakan antara visi dan matlamat"

NEGATIF

"takutlah persatuan-persatuan ini, habis masa dan duit aku.. "


"aku rileks belajar sempoi, result gempak dahla"

"ada makna ke ? masuk persatuan... Kau tengokla, nak buat ni tak boleh, HEP tu asyik lecehkan pegerakan persatuan buang masa bertekak dengan pegawai HEP"


"aku malu, tak retila.."

" Minat jugak dengan persatuan tapi join-join program boleh la.... Nak urus malasla.. tak reti.."

Lihat sahaja ayat-ayat sinonim, penulis biasa sahaja mendengar antara positif dan negatif. Andai ramai positif baguslah, seharusnya mereka mampu mengawal diri. Idea yang liar jangan dimomokkan dengan semudah-mudahnya sehingga kita digelar taksub dan tiada arah. Namun ada perkara yang menjadi penyakit besar.



Fikirkanlah saya suka menasihati pegerakan yang ingin membawa mesej 'islah' dikampus perdana ini. Anda duduk dalam pemikiran positif ke?

Fikirkan program mana yang anda lebih banyak ikuti!!???? Program yang anda sendiri lakukan atau program orang lain yang sering kita anggap adik beradik? Rugi rakan-rakan islahku...

Hitung program mana bersifat rangkum dan mengajar ahli kita lebih profesional? program Balai Islam!? bukan penulis ingin memperkecilkan gerakan program Balai Islam terutama Balai Islam KK-12, kerana penulis pernah duduk semeja melaksana program di sana.

Sampai bila kadang-kadang muslim itu tidak nampak ruang lain bila ruang itu terbuka seluasnya untuk kita sebarkan sayap. Kenapa dirisaukan bilangan ahli? kenapa dirisaukan itu dan ini? Adakah sindrom bacul(melihat kelemahan lebih dari kekuatan) ini menular dalam diri rakan-rakan yang sering cuba mengislahkan diri.

Bukan sekali dalam sejuta, wadah sudah hadir. Persatuan Khidmat Masyarakat sudah terhidang untuk diisi dengan santapan kita. Kenapa bayangan bacul ini kita telan dan tertanam. Bangkitlah rakan-rakan ayuhlah bawalah gerakan ini pada tahap seterusnya. Biarlah tutuplah mata kita terhadap adik beradik yang tinggal di penginapan berbeza, pegerakan lokaliti berbeza bukanlah panduan kita. KARISMA UIA dan KARISMA lain bukan contoh terbaik gerakan kita, mereka bernafas di udara yang sangat berbeza. Kita adalah kita. Ayuh senergikan pemikiran, bagiku PKPIM dan PMIUM mungkin cara terbaik untuk dicontohi. Mereka bangkit dan jatuh atas pengalaman mereka sendiri di sini. Fikir-fikirkanlah.. Tunggu apa lagi.