Tingkatkan Thaqafah Kita - Selami Majmu` Rasa'il

0

Posted by fatahensem | Posted in | Posted on 7:12 AM



Petikan daripada Majmuk Rasail karangan Al-Banna

Barangkali Allah telah takdirkan dakwah Ikhwan ini tumbuh di Ismailiah. Ia muncul akibat perselisihan fikah antara dua kumpulan penduduk. Mereka berpecah selama bertahun-tahun kerana beberapa masalah kecil. Malangnya perpecahan ini dihangatkan lagi oleh mereka yang berkepentingan. Secara kebetulan juga dakwah Ikhwan muncul pada zaman berlakunya pertembungan sengit antara bangsa asing yang ekstrimis dengan pejuang patriotik. Segala keadaan ini menyebabkan dakwah ini memiliki beberapa ciri yang tidak dimiliki oleh gerakan-gerakan lain yang sezaman dengannya.

Ciri-ciri tersebut ialah:

1. Menjauhi perkara-perkara yang menjadi perselisihan.

2. Menjauhi pengaruh mana-mana tokoh dan pembesar.

3. Tidak terlibat dengan parti-parti politik atau mana-mana pertubuhan.

4. Tumpuan diberikan kepada aspek pembinaan dan berperingkat dalam setiap langkah.

5. Keutamaan diberikan kepada aspek yang praktikal dan produktif berbanding aspek diayah dan propaganda.

6. Sambutan hebat daripada pemuda.

7. Cepat tersebar di kampung dan seluruh negara.

1. Menjauhi Perkara-Perkara Yang Menjadi Perselisihan


Ikhwan menjauhkan diri daripada perkara-perkara fikah yang diperselisihkan kerana Ikhwan berkeyakinan perselisihan dalam masalah fikah yang kecil pasti akan timbul. Puncanya, sumber asasi Islam iaitu al-Quran, hadis dan amalan-amalan Islam difahami dengan cara yang berbeza-beza. Malah atas sebab yang sama wujud perbezaan pendapat di kalangan para sahabat sendiri. Keadaan ini akan terus wujud dan akan berterusan hingga ke hari kiamat. Tepat sekali kata-kata Imam Malik ketika beliau berkata kepada Abu Jaafar al-Mansur yang mahu memaksa masyarakat melaksanakan al-Muwatta’, beliau berkata: “Para sahabat Rasulullah s.a.w. bertaburan di seluruh pelusuk bumi dan kesemua mereka mempunyai fahaman tersendiri. Jika engkau paksa mereka mengamalkan satu pendapat sahaja sudah tentu akan timbul masalah.”

Sebenarnya tidak salah berbeza pendapat tetapi yang salah ialah terlalu fanatik dengan sesuatu pendapat sehingga mengenepikan fikiran dan pendapat orang lain. Jika sikap seperti ini diamalkan dalam soal perbezaan pendapat, ia sudah tentu akan mampu menyatukan hati-hati yang retak. Apatah lagi untuk menyatukan mereka dalam satu gagasan.

Masyarakat hanya perlu bersatu pendapat dalam soal yang perlu iaitu dalam soal yang menentukan seseorang itu muslim seperti yang dikatakan oleh Zaid r.a.. Sikap seperti ini adalah perlu bagi sebuah jamaah yang mahu mengembangkan suatu gagasan di sebuah kawasan yang tidak pernah aman daripada perbezaan pendapat. Apatah lagi masalah tersebut sebenarnya tidak perlu dibahaskan atau diperselisihkan.

2. Menjauhi Pengaruh Mana-Mana Tokoh Dan Pembesar

Menjauhi pengaruh mana-mana tokoh dan pembesar bertujuan supaya mereka dapat dijauhkan daripada dakwah yang masih baru dan tidak mempunyai apa-apa kepentingan ini. Mudah-mudahan mereka akan beralih kepada gerakan-gerakan lain yang sedia ada yang hanya mencari keuntungan atau mengaut kekayaan. Walaupun sebenarnya semua keuntungan itu hanyalah khayalan dan bukan kenyataan.

Kami para pendokong dakwah Ikhwan sengaja bersikap demikian pada peringkat awal kemunculan dakwah ini supaya kesucian dakwah ini tidak diwarnai oleh perancangan yang telah diatur oleh para pemimpin tadi. Di samping itu langkah ini juga bertujuan agar mereka tidak mengeksploitasi dakwah ini atau cuba mengubah halatuju dakwah ini. Kebanyakan pemimpin ini tidak memiliki nilai-nilai Islam yang sempurna yang sepatutnya mereka miliki sebagai seorang muslim. Apatah lagi sebagai seorang muslim agung yang akan menampilkan nama dakwah Islam kepada semua manusia. Atas sebab itulah, golongan ini masih tersisih jauh daripada Ikhwan. Hanya segelintir kecil sahaja di kalangan mereka yang memiliki akhlak yang mulia dan dihormati, memahami fikrah Ikhwan, turut sama mendokong matlamat Ikhwan, turut serta beramal bersama Ikhwan dan mengharapkan taufik serta kejayaan untuk Ikhwan.

3. Tidak Terlibat Dengan Parti-Parti Politik Atau Mana-Mana Pertubuhan

Tujuan kita tidak terlibat dengan mana-mana parti politik atau mana-mana pertubuhan ialah semua pertubuhan ini masih saling bercakaran dan saling tikam-menikam antara satu sama lain. Sedangkan amalan seperti ini tidak bertepatan sama sekali dengan semangat persaudaraan Islam. Dakwah Islam adalah untuk semua. Dakwah ini menyatukan bukan memecah belahkan. Hanya mereka yang mengenepikan segala bentuk perpecahan dan ikhlas hanya kepada Allah sahaja yang akan mendokong dan bekerja untuk dakwah Islam ini. Sifat seperti ini agak sukar untuk diamalkan oleh manusia yang berkepentingan; Mereka yang hanya mahu mencari nama dan harta melalui kegiatan kepartian dan pertubuhan mereka. Atas sebab itu, kita lebih rela menjauhkan diri daripada mereka. Kita perlu bersabar walaupun terpaksa mengenepikan ramai anasir yang baik sehinggalah sampai masanya apabila segala tirai ini berjaya disingkap. Sehingga masyarakat menyedari beberapa hakikat yang selama ini tidak mereka fahami. Ketika itu mereka akan kembali ke jalan yang benar. Iaitu setelah mereka melalui segala pahit manis. Setelah hati mereka berisi keyakinan dan keimanan.

Namun pada hari ini kita telah memiliki sandaran dan tunjang dakwah yang kuat. Dakwah ini kini mampu menentukan sendiri halatuju bukan lagi ditentukan. Dakwah ini sudah mampu mempengaruhi bukan lagi dipengaruhi. Oleh itu kita kini mengalu-alukan para pemimpin, pembesar, pertubuhan dan parti untuk bergabung bersama kita. Kita kini mengalu-alukan mereka mengikut jalan kita dan bekerja bersama kita dengan membuang segala budaya sia-sia yang diamalkan selama ini. Agar mereka bersatu di bawah panji al-Quran yang agung, bernaung di bawah panji nabi yang mulia dan ajaran Islam yang benar. Jika mereka menyahut pelawaan ini ia adalah untuk kebaikan dan kebahagiaan mereka di dunia dan akhirat. Dengan kewujudan mereka bersama dakwah ini, banyak masa dan tenaga dapat dijimatkan. Namun jika mereka masih enggan, tidak mengapa. Kita akan bersabar menanti sambil mengharapkan segala-galanya pada Allah. Sehingga Allah mengepung mereka dan memaksa mereka supaya bekerja untuk dakwah sebagai pengikut sedangkan mereka mampu menjadi pemimpin. Allah pasti akan menang malangnya kebanyakan manusia tidak mengetahuinya.

4. Beransur-ansur Dalam Setiap Langkah

Berperingkat, menekankan aspek tarbiyah, di samping memahami dengan jelas setiap langkah yang dilalui oleh Ikhwan al-Muslimin. Semua ini diambil kerana Ikhwan meyakini bahawa mana-mana gerakan perlu melalui tiga fasa (marhalah) iaitu fasa penerangan, menyebarkan fikrah dan menyampaikannya kepada segenap lapisan masyarakat. Fasa seterusnya adalah fasa pembinaan, memilih pendokong, membentuk kader dan menggabungkan mereka yang diseru tadi. Fasa berikutnya adalah fasa pelaksanaan, beramal dan mengeluarkan hasil. Pada kebiasaannya ketiga-tiga fasa ini berjalan serentak bergantung kepada keutuhan dakwah dan kekuatan hubungan sesama pendokong dakwah. Ini bermakna seorang pendakwah akan berdakwah, dalam masa yang sama dia akan memilih dan mendidik, dalam masa yang sama juga dia akan bekerja dan melaksana.

Sudah tentu, matlamat akhir atau hasil keseluruhan hanya akan dapat dirasai apabila penerangan telah cukup meluas, pendokong telah bertambah ramai dan pembinaan telah mantap.

Dakwah kita telah bergerak berpandukan ketiga-tiga fasa ini dan ia masih terus bergerak. Kita telah mulakan dakwah ini. Kita telah kemukakan dakwah ini kepada umat Islam melalui pelbagai siri pengajian, melalui lawatan-lawatan dari semasa ke semasa, melalui pelbagai bahan cetakan, melalui keramaian terbuka mahupun tertutup, melalui akhbar Ikhwan al-Muslimin yang pertama kemudian diikuti dengan majalah mingguan al-Nazir. Kita masih berdakwah dan kita akan terus berdakwah sehingga semua orang tahu tentang dakwah Ikhwan al-Muslimin yang sebenar dengan gambaran yang betul. Allah pasti akan menyempurnakan cahaya-Nya.

Pada tahap ini, saya merasakan kita telah tiba ke satu tahap di mana kita merasa yakin bahawa kita telah melakukan segala-galanya. Hasilnya, setiap orang yang beriltizam dengan tanggungjawab yang telah kita gariskan kini boleh melangkah ke fasa kedua iaitu fasa memilih, membina dan mengerah tenaga.

Kita melangkah ke fasa kedua melalui tiga cara:

1. Katibah. Bertujuan menguatkan saf melalui saling kenal mengenali, menjalinkan semua jiwa dan roh, menentang adat kebiasaan, berlatih supaya mempunyai hubungan yang erat dengan Allah dan mengharapkan bantuan-Nya. Ini adalah institut pentarbiyahan rohani Ikhwan al-Muslimin.

2. Pasukan pengakap, peninjau, pengembara dan sukan. Langkah ini bertujuan menguatkan saf dengan meningkatkan jasmani Ikhwan, membiasakan Ikhwan supaya taat, berdisiplin, memiliki ciri-ciri kesukanan yang baik, mendidik mereka dengan ciri-ciri ketenteraan yang betul sebagaimana diwajibkan oleh Islam kepada semua muslim. Ini adalah institut pendidikan jasmani Ikhwan al-Muslimin.

3. Pengajian ilmu melalui katibah atau pusat-pusat Ikhwan al-Muslimin. Langkah ini bertujuan meningkatkan fahaman Ikhwan melalui perbincangan menyeluruh yang menyentuh perkara-perkara penting yang perlu diketahui oleh seorang saudara muslim berkenaan agama dan dunianya. Ini adalah institut pendidikan ilmu dan pemikiran Ikhwan al-Muslimin.

Selain itu, terdapat pelbagai kegiatan lain yang bertujuan melatih Ikhwan melaksanakan tanggungjawab yang menanti mereka sebagai sebuah jamaah yang mempersiapkan diri untuk memimpin umat Islam malah untuk membimbing seluruh manusia.

Selepas kita yakin dengan kedudukan kita dalam fasa ini, barulah dengan izin Allah kita akan melangkah ke fasa ketiga iaitu fasa pelaksanaan yang akan menunjukkan hasil lengkap dakwah Ikhwan al-Muslimin.

Telus

Wahai Ikhwan al-Muslimin terutama mereka yang bersemangat dan gopoh, dengarlah kata-kata saya yang bergema dari atas pentas dalam perhimpunan agung ini. Segala langkah dan sempadan dalam jalan kamu ini telahpun digariskan. Saya tidak akan melanggar sempadan ini yang saya sendiri yakini sepenuhnya bahawa ia adalah jalan yang paling selamat untuk sampai ke matlamat. Benar, jalan ini mungkin jauh namun tiada jalan lain selain jalan ini. Kejantanan akan terserlah melalui keupayaan untuk bersabar, tabah, gigih dan usaha yang berterusan. Sesiapa di kalangan kamu yang terlalu cepat mahu mengutip hasil sebelum tempoh matang atau memetik bunga sebelum sampai masanya maka saya tidak akan bersetuju dengannya sama sekali. Lebih baik dia berundur daripada dakwah ini kepada gerakan lain. Sesiapa yang mampu bersabar dengan saya hingga benih tadi berkembang, tumbuh sebagai pokok, mengeluarkan buah yang baik dan tiba masa untuk memetiknya maka kesabarannya akan diberikan ganjaran oleh Allah. Kita akan memperolehi salah satu daripada ganjaran berikut iaitu kemenangan dan ketuanan atau mati syahid dan kebahagiaan yang abadi.

Penyaksian Terhadap Kebenaran

0

Posted by fatahensem | Posted in | Posted on 6:17 PM




This year will be different!... sebelum ana tujukan kesalahan kepada orang lain , akan ana tujukan seinfiniti mungkin mengapa dakwah dan tarbiyyah tidak berjalan di medan sendiri ... Ya Allah bimbinglah kami!...


ana ambil dari

http://elbaeraqy.wordpress.com/2010/02/15/syahadatul-haq/


Syahadatul Haq

Resolusi SH Kita :

1) Mujahadah untuk terus berubah.

2) Perlu support system.

3) Mulai dakwah kepada orang yang dekat.

4) Tingkatkan ziarah.

5) Status facebook hanya berunsurkan dakwah.

6) Qiamullail

7) Etika, attitude dan akhlak perlu diperkasakan.

Mengingati kisah selimut Khadijah berarti mengingati beban dan perasaan Baginda. Menerima misi wahyu merupakan suatu beban berat qaulan tsaqila. Perlu teman-teman yang baru merasai beban berat terasa berkongsi perasaan ini dengan Baginda. Subhanallah, bukan semua orang dipilih untuk merasai apa yang Baginda rasai. Syukur.

Perlu kita juga selimuti teman-teman dengan sentuhan fizikal dan emosi, bagi mencontohi sunnah Khadijah. Barangkali, teman-teman sedang menjerit zammiluni, zammiluni, zammiluni. Lalu, Usrah lah jawapannya. Kerana, ukhuwwah adalah nilai asas kepada Usrah, selain lutut kita-kita saling bertemu. Segala-gala yang Allah kurniai adalah nikmat, namun nikmat ukhuwah merupakan antara yang disebut oleh Allah dalam al Quran dengan lafadz yang jelas, bini’matihi ikhwana.

Sentuhan spiritual. Allah juga mencipta satu peluang masa supaya beban berat Baginda dipujuk oleh qiamullail, masa-masa kita bersama Allah. Mengadu. Manja. Menangis. Kita lakukan semua itu saat-saat di penghujung malam.

Melayari perjalanan hidup selepas ini perlu surat-surat cinta dari Allah. Tilawatul quran perlu seperti minum air. Katanya, 8 gelas sehari. Barangkali, kita perlu 1 juz setiap hari untuk misi wahyu ini. Perubahan itu kan bertahap. Namun, siapa yang tidak seronok dan angau membaca surat cinta?

Atas sebab-sebab ini, beban berat Syahadatul Haq perlu disingkapi sebagai sebuah keseronokan. Kerana, ini titik mula kita bersama Allah dan Baginda. Perjalanan kita selepas ini merupakan suatu misi wahyu, bukan sekadar misi individualistik. Ayuh, kita siap siaga!

Ya Allah, sampaikan salam rinduku pada Baginda. Rasulullah, tunggu aku ya!

BAGAIMANA MENJADI SEORANG DA`I YANG BELAJAR

0

Posted by fatahensem | Posted in | Posted on 5:15 PM



http://www.angelfire.com/ultra/muzir/home/pelajar.pdf


BAGAIMANA MENJADI SEORANG PELAJAR

Pengenalan
Kehidupan dikampus adalah menyeronokkan; tetapi ianya juga penuh dengan suasana
persaingan. Pendidikan yang kamu diperolehi disitu, dan sikap yang terbentuk, akan
membimbing kamu disepanjang hidup kamu. Gred keputusan yang kamu perolehi adalah
sangat penting bagi mendapatkan perkerjaan pertama kamu, atau untuk memohon
melanjutkan pelajaran keperingkat yang lebih tinggi. Untuk menjadi pelajar yang cemerlang
memerlukan beberapa kemahiran tertentu; tetapi, kemahiran ini semuanya dapat dipelajari
dan diamalkan.
Asas sebagai seorang pelajar
Beri keutamaan dalam hidup: Berjaya dalam pelajaran sepatutnya menjadi
keutamaan tertinggi
Belajar: Tiada jalan lain atau ganti
Sentiasa menghadiri kuliah
Buat semua kerja rumah dan banyakkan membaca: Terutama yang disuruh oleh
pengajar
Bina disiplin diri
Uruskan masa kamu
Disiplin diri: Mudah saja
Manusia adalah makhluk yang mempunyai tabiat. Oleh itu, bina suatu tabiat dengan memberi
sebab bila melakukan perkara yang perlu kamu buat. Bukankah bodoh jika kelakuan kamu
bertentangan dengan apa yang kamu fikir akan buat? Bukankah menjadi lebih harmoni dan
bahagia jika kamu mendapati diri kamu mahu membuat apa yang kamu tahu kamu patut
buat?
Latihlah diri kamu supaya wujud mekanisma tindakbalas spontan dalam diri kamu: Kamu
mempunyai sebab untuk melakukan sesuatu, dan kamu lakukan nya.
Orang lain yang mudah mendisiplinkan diri mungkin telah berlatih banyak kali, menjadikan
file:///D|/WebProject/home/pelajar.html (1 of 8)4/5/2006 10:08:32 AM
BAGAIMANA MENJADI SEORANG PELAJAR
nya tidak sukar; sebab, kerap berlatihlah yang diperlukan.
Pengurusan masa
Sehari semalam hanya ada 24 jam. Pengurusan masa yang baik memerlukan:
Tidak membuat apa-apa yang lebih dari yang termampu.
Menganggar masa yang perlu bagi menyiapkan sesuatu tugasan.
Membuat yang sebenarnya apa yang diperlukan.
Hanya kamu yang boleh melakukan perkara ini.
•Seminit sekarang adalah sama nilainya dengan seminit kemudian. Kamu tidak
boleh mengundurkan masa.
•Jika kamu tidak menepati jadual, kamu telah ketinggalan.
Muhasabah diri
Fahami, dan berlaku jujur dengan diri sendiri. Semua perkara lain akan
bergantung dengan hal ini.
Jadilah atlit dan jurulatih serentak: Perhatikan apa yang sedang kamu buat, dan
juga perhatikan diri sendiri.
Jadilah nakhoda kepada, dan juga tanggungjawab untuk, diri sendiri.
Hadapilah segala masalah. Jangan mengelak masalah, ini akan mengundang
bahaya besar.
Bentuk imej diri yang positif.
Memilih program
Setiap pelajar mempunyai semua atau sebahagian sikap berikut:
Mahu belajar apa yang diajar.
Mahu mendapat gred dan keputusan yang baik.
file:///D|/WebProject/home/pelajar.html (2 of 8)4/5/2006 10:08:32 AM
BAGAIMANA MENJADI SEORANG PELAJAR
Tidak kisah dan tidak peduli.
Setiap pengajar mempunyai semua atau sebahagian sikap berikut:
Mahu pelajar belajar apa yang diajar.
Mahu memberi gred yang adil dan mencerminkan pengetahuan dan kebolehan
pelajar.
Tidak kisah dan tidak peduli.
Untuk cemerlang dalam program yang diikuti, adalah tugas kamu sebagai pelajar untuk
melakukan perkara ini:
Belajar apa yang diajar
Kenali pengajar kamu
Beri perhatian kepada cara pengajaran pengajar dalam kuliah, apa yang dititikberatkan dan
ditekankan, dsb. Dapatkan maklumat tentang pengajar dari pelajar lain. Pengajar yang baik
pula, mengajar secara yang tidak mendedahkan dirinya, agar pelajar tidak mudah
mengenalinya, menyebabkan pelajar terpaksa belajar apa yang diajar.
Kerja rumah
Ingatlah bahawa kerja-kerja kamu dinilai dan diperiksa oleh manusia. Oleh itu:
tulis dengan baik, elok dan tersusun.
beri segala komen dan ulasan yang perlu untuk menjelaskan apaapa
yang kamu cuba dan sedang buat
Memudahkan kerja pemeriksa dan penilai akan memberi kamu kelebihan bila
berlaku sebarang keraguan.
•Jangan sesekali berfikir bahawa dengan dapat memberikan jawapan yang betul
kepada kerja-kerja rumah bererti kamu sudah menguasai perkara dan topik
tersebut. Apa yang kamu telah buat ialah menyelesaikan satu masalah tertentu
sahaja; itu tidak bermakna kamu telah mahir dan mampu menyelesaikan semua
masalah berkaitan (seperti masalah yang keluar dalam ujian dan peperiksaan).
file:///D|/WebProject/home/pelajar.html (3 of 8)4/5/2006 10:08:32 AM
BAGAIMANA MENJADI SEORANG PELAJAR
Adalah menjadi tanggungjawab kamu untuk melihat kerja rumah yang diberikan
dari sudut yang lebih luas.
•Jika berpeluang, selalulah meneliti jawapan kamu dengan pengajar, walaupun
kamu mendapat markah yang tinggi dalam tugasan yang diberikan. Pengajar
mungkin menunjukkan cara-cara lain atau maklumat berguna yang kamu tidak
pernah terfikirkan.
Peperiksaan
Persediaan awal
o Susun atur bahan-bahan kamu dalam kategori mengikut kepentingannya
(penting, sederhana penting, kurang penting), dan fokus ulangkaji kamu pada
tajuk-tajuk yang penting. Ingat, pengajar hanya mempunyai masa yang terhad
untuk menguji pengetahuan dan kebolehan kamu. Oleh itu, soalan-soalan yang
akan ditanya dalam peperiksaan tidaklah terlampau sukar, jika tidak ianya tidak
boleh dijawab dalam masa yang ditetapkan. Lima soalan yang perlu dijawab
dalam masa tiga jam memerlukan masa lebih kurang 35 minit bagi setiap soalan.
o Belajarlah dalam cara yang paling sesuai dengan diri kamu
Belajar dalam kumpulan atau bersendirian bergantung pada
cara mana yang terbaik bgi kamu.
Buat kerja-kerja yang paling berat dan penting pada masa dan
ketika yang kamu boleh melakukan yang terbaik.
o Ringkaskan bahan-bahan atau topik-topik yang diajar menggunakan
perkataan kamu sendiri. Ini bukan sahaja memaksa kamu meneliti bahan-bahan
yang diajar dengan lebih mendalam, tetapi juga memudahkan rujukan semasa
mengulangkaji sebelum peperiksaan.
o Jangan ambil risiko: Hafal lebih banyak lagi perkara dari apa yang disuruh
oleh pengajar. Bawa mesin kira, pembaris, pemadam dll walaupun tidak
diperlukan.
o Belajar dan buat semua soalan-soalan peperiksaan yang lalu. Jika pengajar
memberi soalan-soalan yang hampir serupa, kamu akan bernasib baik. Tetapi
kamu jangan sesekali fikir bila telah boleh menyelesaikan semua soalan
peperiksaan yang lalu, kamu telah memahami semua bahan-bahan yang diajar
file:///D|/WebProject/home/pelajar.html (4 of 8)4/5/2006 10:08:32 AM
BAGAIMANA MENJADI SEORANG PELAJAR
dan boleh berjaya dalam peperiksaan.
o Bawa jam atau jam tangan sendiri.
o Lawan darah gemuruh dan cemas: Yakinkan diri bahawa apa yang kamu
boleh buat ialah apa yang kamu boleh buat; tetapi jangan sesekali jadikan kamu
berpuas hati. Tanamkan keinginan untuk membuat yang terbaik sepanjang masa
peperiksaan.
•Memulakan peperiksaan
o Baca arahan kepada calon dengan menyeluruh dan berhati-hati.
o Gunakan masa membaca kertas soalan untuk membaca soalan-soalan sahaja.
Ramai pelajar yang tidak menggunakan masa ini dengan sebaik-baiknya. Buat
keputusan mengenai soalan mana yang akan dijawab, jika ada pilihan.
o Jangan menjawab dalam turutan tertentu. Malah, jawab semua soalan yang
kamu yakin boleh dijawab dengan cepat dan tepat. Tumpuan harus diberikan
kepada bahagian soalan yang dapat memberikan kamu markah mudah.
o Sebelum menulis jawapan, fikir dengan mendalam. Mungkin ada cara lain
yang mudah mendapatkan jawapan, dan ini boleh menjimatkan masa.
o Buat hanya apa yang diminta. Jangan buat perkara yang tidak mendatangkan
manfaat dan membuang masa, saperti menulis semula soalan (jika tidak diminta
berbuat demikian).
•Melangkah maju melalui peperiksaan. Setiap detik berlalu, semakin banyak
markah terkumpul.
•Selalu lah menulis sesuatu yang bermakna bagi setiap masalah, walaupun
sedikit.
•Berhubung lah dengan pemeriksa, terutama jika masa sudah suntuk. Tulis
langkah-langkah yang kamu akan ambil jika kamu ada masa untuk
menyelesaikan masalah tersebut.
•Tunjukkan langkah-langkah dan fakta-fakta dengan jelas, ini akan
membolehkan kamu mendapat markah tambahan.
file:///D|/WebProject/home/pelajar.html (5 of 8)4/5/2006 10:08:32 AM
BAGAIMANA MENJADI SEORANG PELAJAR
•Tulis dengan jelas, terang dan teratur.
•Jawab soalan subjektif kalau boleh saperti yang diterangkan semasa kuliah atau
dalam buku. Memberi pendapat sendiri adalah bagus, tetapi dikhuatiri
bercanggah dengan pendapat pemeriksa.
•Semak semua jawapan jika masa mengizinkan.
Cadangan tambahan
1. Kemas dan mudahkan pengetahuan kamu: Ambil langkah untuk memahami
bahan-bahan yang diajar dengan cara pemahaman kamu, mungkin melibatkan
hubungkait yang tidak diterangkan dalam syarahan atau buku.
2. Ingat, hampir semua topik adalah mudah asas nya. Cuba fahami hubungkait
yang mudah antara topik yang diajar.
3. Cuba belajar prinsip dan cara yang asas.
4. Belajar sebanyak mungkin cara menyelesaikan masalah.
5. Tanya diri sendiri: Mengapa pengajar tidak buat begini atau begitu? Cari idea
sendiri. Fahami topik dengan mendalam.
6. Cara belajar yang paling baik ialah dengan mengajarkannya kepada orang lain.
Adakah kamu memahami topik yang diajar sehingga boleh menerangkannya
dengan jelas dan lengkap kepada orang lain?
7. Belajar dengan cara memerhatikan orang lain. Perhatikan cara orang lain buat,
dan fikirkan cara untuk menggunakan cara itu untuk diri sendiri.
8. Jadilah seorang yang bekerja dengan teratur, kemas, menulis dengan baik dan
mudah dibaca, berhati-hati dan cermat, tepat, berpengetahuan dan boleh diharap,
pada masa yang sama juga, kreatif, spontan, imiginatif, pintar, cerdik, petah dan
berhemah tinggi, dan fleksibel. Mentaliti pertama menekankan tentang cara, dan
seterusnya berbuat yang terbaik apa yang telah diketahui cara untuk
melakukannya; mentaliti kedua menekankan tanpa cara, dan seterusnya
mengembang setakat termampu. Ambil yang terbaik dari mentaliti tersebut, yang
mana sangat berguna jika terdesak kelak. Mentaliti pertama sangat bergantung
kepada kemahiran sediaada, tetapi, mentaliti kedua mungkin gagal untuk
menggunakan kemahiran yang sama.
file:///D|/WebProject/home/pelajar.html (6 of 8)4/5/2006 10:08:32 AM
BAGAIMANA MENJADI SEORANG PELAJAR
9. Fikir dan tanya lah tentang setiap perkara. Tetapi, fahamilah bahawa adalah
bodoh untuk menjadi lain dari orang lain hanya kerana mahukan kelainan, dan
juga mengikut apa sahaja orang lain buat tanpa berfikir.
10. Untuk memperoleh kecekapan yang maksima, buat beberapa projek serentak.
Maka, jika kamu berasa letih, kecewa, atau bosan bekerja dengan satu projek,
kamu boleh berpindah ke projek yang lain dengan mudah, ini membuatkan
kamu sentiasa produktif disamping memberi masa kepada masalah semasa
diselesaikan secara tidak sedar.
11. Ramal dan rancang masa depan. Kamu pasti akan diberi tugasan atau
miniprojek, jadi jumpa pengajar awal untuk berbincang sebelum beliau sibuk dan
sukar ditemui.
12. Jangan amalkan tidak tidur malam, tidak kira untuk apa tujuan sekalipun.
Perbuatan ini hanya meminjam hari esok, yang mana hari esok kamu akan jadi
tidak bermaya. Mereka yang tidak tidur malam sebenarnya adalah orang yang
tidak merancang aktiviti mereka.
13. Jika boleh, bawa buku teks ke kuliah.
14. Tulis nota syarahan dengan pensil, sebarang kesilapan dan tambahan dapat
dibuat dengan cepat dan kemas.
Penutup
Umumnya, terdapat suatu sifat yang membezakan pelajar cemerlang dengan yang tidak:
PELAJAR CEMERLANG PAKSA DIRI MEREKA UNTUK FAHAM
Pelajar cemerlang tidak semata-mata pergi kuliah, membaca buku, buat kerja rumah, dan
berharap ini sudah mencukupi. Malah, mereka selalu bertanya pada diri mereka, "Apakah aku
benar-benar memahami apa yang berlaku?" Mereka bertanya pada diri mereka soalan ini
secara jujur, dan menyelami dalam diri mereka untuk mencari sebarang kekurangan dalam
kefahaman, baik yang timbul secara tidak disedari mahupun dari kekeliruan. Dan, jika
jawapan nya adalah "Tidak", maka keadaan itu dianggap sesuatu yang tidak dapat diterima,
dan tindakan meningkatkan lagi usaha akan diambil serta merta.
Artikel ini adalah sedutan dan terjemahan dari:
"How to Be a Student" oleh Jerome R. Breitenbach, 1997
file:///D|/WebProject/home/pelajar.html (7 of 8)4/5/2006 10:08:32 AM
BAGAIMANA MENJADI SEORANG PELAJAR
file:///D|/WebProject/home/pelajar.html (8 of 8)4/5/2006 10:08:32 AM