YAHUDI LAKNATULLAH!

Posted by fatahensem | Posted in | Posted on 4:18 PM

KEJAM!





Lelaki dakwa saksi anak dibunuh askar Yahudi


GAZA: Seorang penduduk Palestin menceritakan bagaimana beliau menjadi saksi pembunuhan dua anak gadisnya manakala seorang lagi cedera parah ditembak tentera Israel yang muncul dari kereta kebal dan melepaskan tembakan walaupun mematuhi arahan supaya meninggalkan rumah mereka.

Khaled Abed Rabbo berkata, Amal, dua tahun dan Suad, tujuh, ditembak mati oleh anggota tentera rejim Zionis yang menggunakan raifal separuh automatik. Sementara seorang lagi anaknya, Samer, empat tahun, dipindahkan ke unit rawatan rapi di hospital di Belgium selepas mengalami kecederaan tulang belakang teruk.

Ibunya yang berusia 60 tahun juga tidak terkecuali menjadi sasaran peluru Israel ketika meninggalkan rumahnya.



“Dua anggota tentera berada di atas kereta kebal sambil memakan kerepek kentang, seorang daripadanya keluar dengan raifal dan mula menembak anak-anak saya. Mula-mula mereka menembak Amal dan Suad kemudian Samer,” kata Khaled sambil memberitahu 12 das tembakan dilepaskan ke arah Suad menggunakan senjata M16.

Tentera kemudian membiarkan keluarga malang itu berjalan kaku. Khaled berkata, mereka berjalan sejauh dua kilometer sebelum menemui kenderaan untuk membawa mereka ke Hospital Kamal Adwan.

“Saya membawa Suad yang sudah pun meninggal dunia, isteri saya membawa Amal dan adik saya, Ibrahim membawa Samer.

http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Friday/Dunia/20090123003032/Article/

Get this widget | Track details | eSnips Social DNA

Comments (0)