Bila ameer berkata...Jadilah seperti Al-Faruq

Posted by fatahensem | Posted in | Posted on 3:21 AM


Segala Puji bagi Allah Tuhan semesta alam,selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.

Pertama kali ana mencoretkan sepatah dua... terdetik di hati untuk mengatakan sesuatu.
Berbalik kepada "Jadilah seperti AlFaruq",manakan mampu diri yang berkata ini mampu menjadi seperti Umar Al-Faruq,tetapi rasanya teramat perlu untuk menjadi seperti beliau yang mana sampaikan syaitan pun menggeruninya.

Faruq dari kata dasar Bahasa Arab,fa ra qa maksudnya pemecahan,pembahagian,pembezaan, dan sebagainya..manakala Faruq menggunakan wazan faa`ala bermaksud pembuat,jadi faruq bermaksud pembeza,seseorang yang mampu membezakan yang Haq dan Batil.

Maka disini ana menyeru diri ana sendiri perlulah bersikap sedemikian,jangan pula kata tak serupa bikin.Seharusnya ana mestilah bijak memilih sesuatu berdasarkan ilmu yang dicurahkan kepada ana,bukannya sekadar pukul rata semua benda sama.

makna hadith nabi: "yang halal itu jelas dan haram itu jelas.dan diantaranya perkara syubhat..."

Melihat kepada hadith di atas terus terang ana mengatakan masih ada segelintir mereka yang menggelarkan diri mereka duat dan pejuang Islam masih didalam kekeliruan memilih antara Haq dan Batil.

Contoh paling mudah,penyertaan di dalam sebarang program dan aktiviti di universiti tercinta ini.Seharusnya seseorang yang berfikrah itu mampu membezakan antara Haq dan Batil,jika terdapat padanya kecelaruan rujuklah mereka yang berotoriti (naqib/ah),pasti mereka menunjukkan kebenarannya.

Tidak dapat dinafikan,pengasahan bakat di sini merupakan sesuatu yang amat digemari
antara kita,namun berfikirlah seribu kali malah berjuta kali di dalam pemilihan sesuatu aktiviti dan program yang dianjurkan.

Tidak salah dan amat digalakkan jika prog yang diajurkan itu membawa mahasiswa mengingati Allah,majlis ilmu,dan juga yang langsung tidak ada unsur maksiat.Namun begitu jika semangat kita mengasah bakat pada prog yang tidak sepatutnya,memerah keringat untuk prog tersebut yang mana kita sendiri tahu prog tersebut ada unsur2 maksiat maka dimanakah iman kita dan title sebagai duat itu dipergadaikan??

Tepuk dada tnya diri sendiri..(lu pikirla sendiri),mahukah kita menanggung dosa jamai`e diatas keringat kita? tegakah kita?Jadi sebelum apa2 fikir terlebih dahulu,celaru? rujuk naqib/ah.Begitu juga apa2 perkara pun,janganlah melakukan sesuatu thaghut,kerana kita berfikrah


Ya Allah kau tunjukilah kami jalan yang lurus,bezakan antara haq dan batil,jauhkan kami dari mensyirikkan dan melakukan maksiat kepada MU,tolong kami ya Allah..

Comments (2)

This comment has been removed by the author.

betul 2 bro kita kena ada stand kita ,ada prinsip kita sendiri ,semoga kita diberi kekuatan dan kemudahan dalam menjalankan dakwah,amin