..new semester..new step..

Posted by fatahensem | Posted in | Posted on 8:40 PM

Assalamu’alaikum w.b.t
Alhamdulillah..masuknya semester baru, bermulalah harapan baru..pelajaran baru dan semuanya baru-baru belakalah..dan harapnya, antum semua kembali meng’upgrade’ semula niat dan Iman yang sepatutnya memang kena upgrade selalu. Cuti panjang yang lepas member seribu kenangan dan pengalaman yang hebat dan mantap. Meskipun pengalaman yang kita lalui adalah berbeza, namun harapnya tidak lari daripada landasan Iman dan Islam. Tidak kira apa jua..ada yang berkerja, berprogram dan ada juga yang hanya menjadi “penanam anggur”…di rumah sendiri. Walau apapun, tetaplah bersemangat!!..
Ana teringat semasa berjaulah ke Acheh, suatu program untuk kami pelajar lepasan SPM, kami berjumpa dengan aktivis dakwah disana (PKS). Bermuamalah dengan akhawat disana. Subhanallah, lidah mereka yang sentiasa basah dengan kalimah-kalimah zikrullah, perjuangan, kasih sayang dan pelbagai lagi sehinggakan kami tidak rasa jemu berada di sana walaupun keadaan disana bukan macam Malaysia yang memanglah comfortable zone. Alhamdulillah, apa yang kami dengar tiap-tiap hujung minggu wajib berprogram. Mereka mesti keluar untuk berdakwah even mereka hanya petani.
Emm..kita pula bagaimana ye?? Tunggu orang atau naqibah atau mas’ul call baru tergerak nak pergi program..kembali muhasabah diri. Iman kita ada turun naiknya..jadi, pandai-pandailah kita memuhasabah Iman. Gerenti up balik..
Ish ..penuh sawang jugak blog ni..sampai da terbatuk-batuk..bukan bermakna terkena wabak tu..i’allah..hehe..buat pembaca sekalian..Iman tu umpama secawan air yang kosong..maka, penuhilah dengan molekul-molekul air..air tu pula jangan lah susu basi..air masak much better..kaji semula apa sifat-sifat air/H2O..memberi tenaga, beri oksigen, melancarkan system dalam badan dan lain-lain lagi yang Allah jadikan memang positif untuk sekalian makhluknya..so, analogikan air tu sebagai Iman. Faham kan? Dengan Iman, diri kita tidak lagi menjadi lesu..Alhamdulillah, tetap semangat, pantang menyerah..Allahuakbar!! (army yell fresh from Acheh)..
Oklah..apa yang nak ditekankan disini ialah apa-apa yang kita lakukan, mesti berlandaskan Iman dan syara’ bukan nafsu. Bermulanya era 2009/2010, macam-macam yang kita plan. Nak masuk aktiviti apa, terutamanya yang tinggal di kolej..fikir pula nak join persatuan apa di university..masuklah..tetapi ingat!! Jeng3 amaran sudah datang..please alert ye..senang je, kalau antum rasa persatuan atau kelab tu membawa kebaikan untuk dakwah, diri dan ummat, masuklah..jangan segan silu (macam pohon semalu)..masuklah if aktiviti tu tidak melalalaikan antum tentang kepentingan usrah dan program..tidak mementingkan program luar selain program tarbawi..duhai sahabat..ingatlah, kedua-duanya akan ditanya Allah kemana masa antum akan dihabiskan..dunia and akhirat..
This is just a welcoming speech from new Ameerah K-UM..moga Allah mengampuni segala kesalahan yang lepas samada sengaja atau tidak. Belajarlah dari kesilapan sebab diri tidak sesempurna mana..kata-kata akhir, “if Allah brings you to it, He will bring you through it”..wallahualam..

Comments (0)