Gerakan Islah Dan Tanggungjawab

Posted by Tanpa Nama | Posted in | Posted on 9:11 PM


Panduan awal bagi penggerak dakwah.. amalkan bacaan Al-Ma'thurat pagi dan petang kerana dirimu sentiasa terancam dengan pelbagai musibah yang anda sendiri tidak menjangkakan , sebagai mana kata-kata Dr. Hassan Din Al-Hafiz, ketika beliau di jemput dalam rancangan bersama Anita bertajuk "ilmu hitam"di saluran Astro Ria, beliau berkata antara keberkatan membaca surah al-baqarah dalam ayat Al-Quran di awal dan di akhir mampu memberi perlindungan dari ancaman syaitan laknatullah... Inilah antara kelebihan yang terdapat dalam intipati Al-Ma'thurat buat para da'ie, yang disusun khas oleh tokoh pendokong haraki gerakan di Mesir satu ketika dahulu(ikhwanulmuslim). Kitalah Muslim seluruhnya adalah da'ie. Ingatlah kaum Yahudi dan Nasrani tidak sekali redha akan umat-umat Islam selagi kita tak berpaling dan mengikut jejak meraka. Maka selagi itu para pendokong gerakan Islam yang masih teguh prinsip perjuangannya berhati-hatilah. Bermohon banyaklah kepada yang Esa, kamu tidak sesekali dihamparkan permaidani merah untuk jalan ini. Ingatlah bersyukurlah kamu andai di uji.. Tidak cukup keimanan kamu selagi tidak didatangkan ujian, berdoalah agar kita mampu dibebani ujian pelbagai. Amalkan Al-Ma'thurat sebagai pendinding dan fahamilah isinya sepenuh jiwa dan penghayatan betapa kejadian alam ini sentiasa memerlukan kita sebagai khalifah yang bertaqwa dan membentuk segala isinya dengan metod Islami. Semoga pejuang-pejuang yang bergelar Muslim ini memahami dan mengamalkan amalan Al-Ma'thurat yang merupakan khazanah ringkas yang berharga buat kita semua.... Wallahua'lam.

Comments (4)

Salam ikhwah dan akhawat,

Tahniah krn Karisma UM telah menghasilkan Blog nya sendiri. Semoga dengan ruang yang ada ini dapat dimanfaatkan sebaik mungkin bagi tujuan pengislahan.

Salam ukhuwah dari,
Nizam

terima kasih akh nizam segala sokongan diperlukan

salam..
tahniah dan syabas buat k-um kerana berjaya menghasilkan blognya sendiri..teruskan perjuangan antum!moga tabah hati tak berbelah bagi..

kak sal nak tanya sikit boleh?
blog ni sebenarnya dari k-um atau k-pj? kalau dari k-um elok ditukar karisma um di muka hadapan, sebab ianya menimbulkan kekeliruan sedikit. tapi jika sekiranya k-um nak buat untuk k-pj pun tak jadi masalah..hehe..apepun asalkan blog ini dapat kita gunakan dengan sebaik mungkin..buat semua pimpinan, jom kita meriahkan blog ni!!:)

salam..
saya pun bersetuju dengan kata kak sal..
pagi semalam saya tengok k-um..
tengahari jadi k-pj lak..
huhu