Israel Mungkin Kekal di Golan Sampai Bila-Bila.

Posted by Tanpa Nama | Posted in | Posted on 6:56 PM


Selasa, 31/07/07 -Timbalan Perdana Menteri Israel berkata bahawa negaranya mungkin akan kekal di Bukit Golan, Syria sampai bila-bila. Hayem Ramon menjelaskan dalam satu kenyataan kepada radio Israel bahawa, “kami boleh kekal di Golan sampai bila-bila…ia akan menjadi pertaruhan dengan rundingan damai dengan Syria.”Israel telah menguasai Bukit Golan pada tahun 1967 dan mengisytiharkannya sebagai wilayah jajahannya pada tahun 1981.Orang kedua dalam kerajaan Israel itu memberikan rasional terhadap perkara itu dengan berkata, “Golan dahulunya tidak bermilik (pada tahun 1967) yang mana ia bukan milik Syria, juga bukan milik Palestin. Dan kami menetap di situ kerana perjuangan kami adalah melakar sempadan kami”.Presiden Syria telah mengumumkan dalam ucapannya di dalam parlimen sempena tempoh pentadbirannya yang kedua mengenai kesediannya untuk berunding dengan Tel Aviv dengan syarat ia melalui pihak ketiga.Asad juga meminta jaminan yang mengesahkan kesediaan negara Ibri itu untuk berundur dari bukit tinggi Golan sebelum memulakan rundingan damai dengannya.Namun, Perdana Menteri Israel, Ehud Olmert menyeru Presiden Syria Sabtu lalu untuk berunding secara langsung tanpa perantaraan, serta tanpa menunggu perantaraan Amerika sambil memberi contoh pengalaman negaranya dengan Mesir dan Jordan.Presiden Israel yang baru, Shemon Perez menggesa Syria Khamis lalu supaya memasuki rundingan secara langsung dengan Israel “jika ia benar-benar mahu rundingan damai”. Note: sumber : al jazeerapenterjemah : aminsb"

Comments (1)

Well written article.